Sunday, 10 January 2016

Gadis Berbangga Upload Gambar Selepas Z1NA Dalam Instagram??


Kalau pun agama dicampak ke tepi, kita masih terikat dengan budaya Melayu yang mementingkan adab kesopanan.Tapi kalau dah selamba kongsi gambar di ranjang dengan orang ramai, nak cerita pasal kesopanan apa lagi kan?

Kalau ditengok gambar di atas bentuk hidung dan kulit saja rasanya dah tahu apa bangsa mereka.Namun mungkin atas niat mahu menunjukkan kebahagiaan agaknya maka budak dua ekor ini tak ada rasa malu langsung untuk jadikan gambar ini tatapan umum di laman Instagram.

Apakah mereka tidak terfikir kalau gambar ini ditatap oleh keluarga atau ibu bapa mereka?Malah kalau pasangan suami isteri sekali pun, perkongsian gambar begini amat memalukan.Apa pun mengambil berkat Ramadan yang bermula esok, marilah kita doakan semoga kedua-dua budak ini diberikan hidayah oleh Tuhan agar punya rasa malu.


Tuesday, 1 December 2015

Gambar Terakhir Allahyarham Pak Yus Jambu Sebelum Meninggal


Seorang peminat memuat naik foto-foto terakhir Arwah Yussry Edoo atau Yus Jambu beberapa jam sebelum beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menurut Ammae Husainai, foto dia bersama arwah diambil ketika Program Raja Band di Dataran Merdeka malam tadi.

“Baru je bergambar dengan dia (Pak Yus) dalam jam 10 tadi. Al-Fatihah…semoga dalam limpahan rahmat Allah dan tergolong di kalangan yang soleh..Amin,” tulisnya menerusi status Facebook.

Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke Hospital Selayang.

Bagaimanapun, arwah disahkan meninggal dunia jam 12.30 pagi.

Perkembangan terbaharu yang Admin terima kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin, jenazah telah dibawa pulang ke kampungnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.


Punca Sebenar Yus Jambu Meninggal Dunia Secara Mengejut


Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.


“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.

Admin difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.



Friday, 31 July 2015

Terlajak Cantik!! 7 Gambar Pelakon Kuch Kuch Hota Tai Tercolan Sebagai Wanita Tercantik Dunia...ANJALI


Filem Hindi Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998 merupakan salah satu filem yang mula mendapat perhatian di Malaysia. Di dalam filem ini ada watak Anjali yang dilakonkan oleh Sana Saeed. Sana yang dilahirkan di Leeds England kini sudah berusia 27 tahun.

Sana kini bukan sahaja berlakon, malah turut menyanyi dan menjadi model. Dengan rupa paras menawan, penampilan gadis itu jauh berbeza dengan keletahnya dalam filem tersebut yang ditayangkan pada tahun 1998.













Perangai Gadis Melayu Apa Bila Dah Mabuk????











Thursday, 30 July 2015

Kapten Jack Sparrow Tarik Beca Di India Jadi Viral (Gambar)


SIAPA yang tidak kenal dengan watak popular Kapten Jack Sparrow lakonan Johny Depp dalam filem Pirates Of The Carribean.

Watak hebat Kapten lanun yang dibawa pelakon Hollywood itu ternyata memberi kesan yang mendalam kepada peminat kerana ciri-ciri jenaka yang ditampilkan dalam filem bersiri itu.

Namun apa yang lebih kelakarnya, seorang wanita di India telah memuat naik sebuah gambar seorang lelaki yang menyerupai watak Kapten Jack Sparrow tetapi kini sebagai penarik beca!

Gambar itu mula viral di laman media sosial kerana rata-rata pengguna laman itu mendapati gambar tersebut sangat lawak, lapor portal Mynewshub semalam.


Ramai di antara mereka ‘mengejek’ watak tersebut yang dahulunya gah di pentas lautan namun kini hanya menjadi Kapten penarik beca!

Walaubagaimanapun, apa sahaja gurauan dan jenaka yang dibuat netizen seharusnya tidak diambil serius dan diharapkan tiada pihak yang terkesan atau kecil hati dengan gurauan yang dibuat mereka itu.


Menyayat Hati - Suami Sembelih Isteri Sendiri Depan Anak Di Lahad Datu!!

Lahad Datu

%^Seorang buruh ladang bertindak nekad cuba membunuh diri dengan menyembelih lehernya sendiri selepas dipercayai menikam dan menetak leher isterinya hingga mati dalam kejadian di sebuah rumah kongsi pekerja ladang di FELDA Sahabat 54, Tambisan, di sini awal pagi Ahad lepas.

Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira jam 3 pagi itu turut disaksikan sendiri oleh anak lelaki pasangan itu yang berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah ACP Hamzah Ahmad berkata, pihaknya yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh penolong pengurus ladang berkenaan telah bergegas ke lokasi kejadian dan menemui pasangan suami isteri terbabit dalam keadaan terbaring berlumuran darah di rumah kongsi berkenaan.

“Sewaktu polis tiba di lokasi, suspek yang merupakan warga asing berumur 35 tahun, bagaimanapun didapati masih hidup sebelum dia dihantar ke Hospital Lahad Datu (HLD) untuk mendapatkan rawatan, namun isterinya yang dikenali sebagai Nurmiati Jupri, 28, sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Hamzah, berdasarkan siasatan awal pihaknya mendapati berlaku pertengkaran antara kedua-dua suami isteri itu yang dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.


Katanya, suspek yang dipercayai naik berang kemudian dikatakan telah bertindak menampar lalu menikam perut dan menetak leher mangsa yang mana ketika kejadian itu turut disaksikan oleh anak lelaki mereka yang terjaga dari tidur akibat terdengar suara bising ibu dan bapanya yang bertengkar.

“Kanak-kanak itu dikatakan berlari keluar rumah untuk mendapatkan bantuan jiran sebaik sahaja menyaksikan kejadian itu.

“Namun, sebaik memasuki semula ke dalam rumah, kanak-kanak itu melihat suspek yang juga bapanya sedang menyembelih lehernya sendiri menggunakan sebilah pisau,” katanya sambil menambah berikutan kejadian itu pihaknya turut merampas sebilah pedang samurai dan sebilah parang sabit di tempat kejadian.

Hamzah berkata suspek yang dalam keadaan bergari dan dikawal rapi oleh polis masih dirawat di HLD, manakala mayat mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

– The Borneo Post