Seorang peminat memuat naik foto-foto terakhir Arwah Yussry Edoo atau Yus Jambu beberapa jam sebelum beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.
Menurut Ammae Husainai, foto dia bersama arwah diambil ketika Program Raja Band di Dataran Merdeka malam tadi.
“Baru je bergambar dengan dia (Pak Yus) dalam jam 10 tadi. Al-Fatihah…semoga dalam limpahan rahmat Allah dan tergolong di kalangan yang soleh..Amin,” tulisnya menerusi status Facebook.
Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke Hospital Selayang.
Bagaimanapun, arwah disahkan meninggal dunia jam 12.30 pagi.
Perkembangan terbaharu yang Admin terima kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin, jenazah telah dibawa pulang ke kampungnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.
Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.
“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.
Admin difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.